Ahad, 5 April 2015

Smbutan Ulang Tahun Kelahiran Mak Tersayang.

Assalamualaikum..Alhamdulillah dapat bertemu lagi diruang blog ini..
Pada bulan March yang lepas, family sue buat kejutan pada mak sempena hari kelahirannya yang ke 56 tahun..saja jela nak buat mak gembira..

Lokasi kami di sebuah restoran di Indahpura kulaijaya..Menu utama makanan yang kami order ialah chicken chop..rasanya boleh tahan juga,habis licin la saya dan family makan..

Mak saya memang tak tahu langsung rancangan kami ini.Kami adik beradik berpakat untuk buat ni semua demi menghargai pengorbanan mak kepada kami selama ini. Walaupun pengorbanan seorang ibu itu tak dapat dibalas sebaiknya,sekurang-kurangnya kami cuba membuat mak berasa gembira dan dihargai.

Alhamdulillah,mak gembira dengan apa yang kami lakukan ini.Mak sentiasa akan kami kenang dan ingat walau apa jua keadaan.Kami sayang mak sentiasa.Mak telah membesarkan kami dengan sebaiknya.InshaALLAH kami akan jaga mak hingga hujung nyawa..Moga mak dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan dari Ilahi.
Kami sentiasa mendoakan mak dan abah..I love u MAK DAN ABAH!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts