Khamis, 20 Ogos 2015

Resepi Masker ESP Shaklee

Hi

Korang suka tak bermasker??Mestilah suka kann..bukan kaum wanita je,kaum lelaki sekarang pun dah pandai nak jaga kecantikkan wajah..

Masker ni memang banyak khasiatnya kepada wajah kita..Dengan bermasker wajah kita akan dapat rehat dan di rawat..Selain mendapatkan rawatan wajah di spa, kita juga boleh membuat sendiri masker menggunakan bahan semulajadi..

Jangan tak tahu,produk SHAKLEE juga boleh dijadikan masker tau!




Ok. Ini antara resepi yang sue nak kongsikan dengan korang semua..tengok pada jenis kulit wajah korang dan boleh lah cuba! Hasilnya pasti tidak mengecewakan !




Jenis kulit berjerawat
Masker ini mampu mengurangkan parut jerawat dengan cepat.
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji putih telur
1 sudu madu
1 biji Sustained Release vitamin C
1 biji Alfalfa

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:
Pukul putih telur perlahan-lahan. Alfalfa dan vitamin C dihancurkan dan campurkan kesemua bahan.
Sapukan ke muka, elakkan bahagian mata dan kemudian biarkan selama 20 minit.
Selepas itu, bilas dan sapukan pelembap kulit yang biasa anda gunakan.
Buat masker ini seminggu sekali dan keesokan harinya perlu memakai sunscreen sebelum kena kilauan matahari.

Kulit jenis berminyak
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak dalam
 freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
2 sudu madu lebah
1 biji sustained release vitamin C


CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang, kemudian campur dengan madu lebah dan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Hancurkan vitamin C atau masukkan sekali dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.


Untuk mencerahkan kulit 

BAHAN-BAHAN:
2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak
 di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
1 biji kentang
1 biji sustained release vitamin C


CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang,kentang, hancurkan vitamin C kemudian campur semua bahan dengan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

Kerapkan penggunaannya setiap malam untuk kesan pencerahan yang lebih cepat.

Ok..selamat mencuba kawan2!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No. - 013-7398748
Email - atieatiewan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts