Isnin, 10 Ogos 2015

12 PANTANG LARANG sebelum Majlis Persandingan

Orang melayu memang terkenal dengan adat dan tatasusila yang tersendiri semenjak dari dahulu lagi.Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa Kimi kerana perubahan zaman dan kekangan yang dihadapi.Ia juga boleh dijadikan panduan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina berkekalan buat selamanya. 



1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling.

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak lewat tidur.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. Jika anda merupakan perokok,digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan ganguan syaitan dan dekatkan diri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

9. 3 bulan sebelum anda diijabkabulkan,amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk diikuti.

11. Jangan lakukan kerja berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan.

12. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah berjalan lancar.

Sumber : Majalah Pengantin Mac 2015



Untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta kulit yang cantik berseri sebelum bergelar Pengantin,pengambilan supplement adalah amat digalakkan.Jom dapatkan supplement anda hari ini!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
E-mail : atieatiewan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts