Assalamualaikum...
Bakal- bakal pengantin semua dah bersedia nak naik pelamin ke?Ada mengalami masalah kulit atau badan berbau? Badan tak bertenaga? Jangan risau...sue nak share sikit tips kepada anda semua,sue harap tips-tips ni dapatlah membantu anda mengatasi masalah yang dialami..
Gambar Hanis Zalikha di hari perkahwinan
1.MELICINKAN DAN MENCERAHKAN KULIT WAJAH
Sebiji tomato yg masak
di ambil dan dilecekkan sehingga halus..kemudian sapu lah kat seluruh
wajah dan biarkan selama 20minit sehingga kering. Selepas itu, bilas dgn
air yg bersih
Tips : Amalkan sapuan tomato lecek di wajah 2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya pasti memberangsangkan.
2.MENEGANGKAN KULIT
Hanya menggunakan tepung
ubi kayu dan timun segar...hanya hancurkan timun sehingga lumat dan
campurkan sedikit tepung ubi kayu bersama sedikit air sehingga likat.
Kemudian, bolehlah disapu pada wajah sehingga kering. Akhir sekali, cuci
wajah dengan air bersih..Campuran timun dan tepung ibu kayu tersebut
dapat menegangkan kulit muka serta menjadikan kulit wajah putih segar
setiap hari.
3.MENYERIKAN WAJAH
Inginkan
wajah yg berseri dan menarik untuk bakal suami dan tetamu yg hadir di
majlis anda?? Mudah sahaja..Amalkan bacaan selawat sebanyak 3x sebelum
mencuci wajah dan sapukan air tersebut ke wajah anda..Selamat mencuba
4.MENGHALUSKAN WAJAH
Tahu tak anda buah
tomato sgt bagus dan banyak khasiatnya walaupun dimakan. Ambil sebiji
tomato dan kisar hingga halus. Kemudian, sapu pada wajah dan biarkan
kering. Gunakan air suam untuk mencuci wajah anda.
5.MERAWAT KULIT BERKEDUT
Kahwin di lewat usia, tatkala sudah menjangkau 30-an ke atas? Jangan risau, anda boleh merawat kedutan wajah dengan menggunakan lobak merah. Bersihkan lobak dan parut sehingga halus. Selepas itu, parutan lobak tadi dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan sebiji kuning telur serta sedikit air. Gaul kesemua bahan tadi sehingga likat dan sapu pada wajah sekali sehari. Anda pasti akan merasai perubahannya.
6.HILANGKAN BAU BADAN
Risau peluh anda mengganggu aktiviti majlis persandingan yang disinari terik cahaya matahari? Amalkan petua ini 2 bulan sebelum majlis tiba. Ambil sebiji limau kasturi dan dibelah dua. Bijinya dibuang kesemunya. Kulit limau kasturi hendaklah dimakan bersama airnya. InsyaAllah bau badan anda tidak sehangit dulu. Amalan petua ni boleh dipraktikkan pada sesiapa juga walaupun belum nak kahwin atau sudah berkahwin :) Yerlah untuk kewangian diri sendiri & suami kan....
7.MENJADIKAN BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
Majlis persandingan sudah pasti akan memerlukan tenaga dan meletihkan tubuh di malam harinya. Untuk langkah terbaik, sehari sebelum majlis berlangsung, amalkan minum air rebusan serai dan halia yg dititik bersama kulit kayu manisdan lada hitam. Minum air rebusan tersebut pada waktu pagi dan malam. Badan akan terasa ringan dan bertenaga semula.
Tips : Kepada si dara yang bakal bergandingan dgn jejaka tersayang...anda boleh amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari untuk meningkatkan tenaga wanita. Tapi, awas !! jika anda tidak biasa memakan telur mentah, boleh mencuba sebiji terlebih dahulu dgn campuran sesudu madu lebah untuk mengurangkan rasa hanyir di tekak.
8.MENGEMPISKAN PERUT
Perut yg kempis memang menjadi idaman dan tarikan pada semua orang terutama bakal pengantin..Maklumlah, busana yang ditempah cantik mahu digayakan seperti tuan puteri. Mudah sahaja caranya. Sediakn limau nipis yg dicampur dengan sedikit kapur sirih. Sebatikan kedua-dua bahan ini dan sapu pada perut anda setiap malam.
Tips : Sekiranya perut anda terlalu menggeleber, selepas sapuan campuran tersebut, anda boleh ikat perut dgn menggunakan bengkung. Ini akan memberikan kesan tindak balas lebih cepat.
9.MENEGANGKAN PAYUDARA
Kembalikan kecantikan tubuh dan nikmati malam pertama yg bakal diulit memori indah bersama pasangan. Singkirkan masalah payudara kendur dan tidak menarik dengan mengamalkan minum air kanji. Air kanji adalah air didihan nasi yang anda masak. Minumlah sebelum tidur dan hasilnya kan dirasai.
Sumber : Majalah Pesona Pengantin, Oktober 2012
Sekian dahulu..jumpa lagi
Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan