Rabu, 22 Julai 2015

Cerita Lebaran 2015

Assalamualaikum...Salam Lebaran buat rakan2 blog semua..masih belum terlewat kan untuk sue mengucapkan salam lebaran? Raya kan sebulan..hihi..

Sue harap lebaran tahun ini rakan2 semua dapat beraya dengan keluarga yang tersayang..tiada yang lebih indah selain dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara..Inilah peluang untuk kita mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita..hanya setahun sekali dapat berkumpul beramai-ramai, berkongsi cerita,bertanya khabar dan bermesra..

Alhamdulillah..tahun ni sue dapat beraya di kampung halaman mak dan juga abah..Dapat bertemu semua saudara yang jauh dan dekat..Berkonvoi beraya memang seronok,hanya hari raya saja dapat macam ni..golongan kanak-kanak paling seronok dapat kumpul duit raya..Alhamdulillah,sue juga tidak terlepas dari memberi duit raya pada anak saudara juga kanak-kanak yang lain..Rezeki yang ada jika dikongsi bersama akan menjadi lebih berkat..In Shaa Allah..

Sue ada selitkan foto-foto ketika beraya bersama keluarga untuk tatapan rakan2..sue berhenti disini dulu,kita jumpa lagi di lain halaman..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts