Selasa, 23 Disember 2014

REZEKI BUKAN SEKADAR YANG NAMPAK DI MATA

Rezeki bukan sekadar yang nampak di mata.

Menurut pengarang Tafsir Al-Quran asy-Sya'rawy,rezeki adalah apa saja yang memberi manfaat kepada seseorang.

"Bererti apa saja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah Rezeki kita,dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya,(walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita,tetapi rezeki orang lain."

Maknanya disini,milik kita belum tentu rezeki kita.Sebagai contoh,kita pergi ke ATM untuk mengambil wang gaji atau sebagainya,masa nak keluar ada pak cik tua duduk di kaki lima.Muka pak cik sangat sedih,mungkin sudah beberapa hari tak makan.Kita melihat keadaan itu timbul rasa simpati dan kasihan,lalu menghulurkan wang kepadanya.Baru kita tahu dalam gaji kita itu ada pula rezeki pak cik tadi.Jelaslah apa yang kita peroleh bukan semua rezeki kita.Milik kita bukan semua rezeki kita.

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab)rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepada mu.Maka demi Tuhan langit dan bumi,sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi)seperti perkataan yang kamu siapkan.(Adz-Dzariyat 51:22-23)"

Janji ini membuat hati berasa aman.Janji ini akan membebaskan diri daripada godaan syaitan.Sesungguhnya tiada yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.

2 ulasan:

  1. Tuhan telah tetapkan rezeki umatnya namun sebagai umatnya kita kena berusaha utk dpt kn nya..

    BalasPadam

Popular Posts