Khamis, 18 Jun 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum kawan-kawan..lama sungguh tak menulis entry,terasa rindu pula..
Hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1436H. Alhamdulillah..Syukur kerana masih diberi ruang
dan peluang bertemu bulan yang penuh berkat ini.

Macam mana persediaan korang menyambut Ramadhan?Sue biasa-biasa saja, sambut
bersama keluarga di rumah.Dengan ketiadaan seorang adik yang baru je memulakan pengajian
di Melaka,sedikit kurang meriah suasana menyambut Ramadhan kali ini.

Tapi apa pun yang penting puasa tetap puasa. Bulan puasa ni jangan pula kita membazir ye.
Beli apa yang perlu saja,kurangkan aktiviti luar dan lebihkanlah amal ibadat.Bulan yang mulia
ini bulan yang sepatutnya kita perbanyakkan amalan ibadat kerana ganjaran yang besar
dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Ok lah,tak nak bebel panjang..nanti sue update entry lagi.

SELAMAT BERPUASA SEMUA..jangan lupa solat terawih ye,bye!





Popular Posts