10 minit untuk kekal cergas!
Hai korang..Sue nak share tips sikit hari ni,harap dapat lah dimanfaatkan bersama..
Kesibukan kerja kadang menyebabkan kita tak sempat untuk melakukan latihan kecergasan.Namun masih ada cara untuk anda menentukan tahap kesihatan terjaga di tengah kesibukan ini.Manfaat masa selama 10 minit untuk badan anda lebih sihat dan cergas!
1) 10 minit - Latihan Beban
Luangkan masa 10 minit sehari dengan melakukan latihan menggunakan bodyweight training atau dumbbell yang ada dirumah atau pejabat.Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
2) 10 minit - Latihan Kardio
Latihan ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal adalah perkara yang mudah dilakukan.Di tempat kerja,anda boleh meluangkan masa rehat selama 10 minit untuk melakukan regangan,berjalan di sekitar pejabat atau berjalan menuruni tangga.Tetapi jangan lupa minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.
3) 10 minit - Makanan Rendah Lemak
Adalah lebih baik anda memasak resepi sihat untuk memenuhi keperluan gizi anda.Banyak resepi yang hanya menggunakan masa yang singkat untuk memasak.
4) 10 minit - Motivasi
Kebanyakan anda tidak melakukan gaya hidup sihat dan sempurna kerana kurang motivasi.Cubalah untuk membaca dan mendengar kisah kejayaan daripada orang yang anda kagumi.Ini untuk mendapatkan motivasi agar anda lebih bersemangat.
5) 10 minit - Meditasi
Latih pernafasan selama 15 minit setiap hari untuk membantu menurunkan tekanan darah.Cara ini boleh merehatkan otot dan membantu mengurangkan tekanan.
Ok..Ni saja tips dari sue,selamat mencuba!!