Selasa, 8 September 2015

Manfaat NIACIN@B3 dalam ESP Shaklee

ESP Shaklee mengandungi B3 atau Niacin yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Jom kita lihat apa manfaat yang dapat kita perolehi!


Manfaat Vitamin B3 atau Niacin bagi kesihatan termasuk :

» mempertahankan perjalanan darah yang baik. 
» menjaga keadaan kulit agar kuat sihat.
» menjaga fungsi normal otak.
» meningkatkan daya ingatan.
» membantu saluran pencernaan untuk menyerap karbohidrat yang cukup, protein, dan lemak.
» mengurangkan efek radang sendi dan membantu memulihkan gejala skizofrenia.
» Manfaat yang paling penting dari niacin atau vitamin B3 adalah kemampuannya untuk menurunkan dan mengendalikan kadar kolesterol.



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

ESP Shaklee untuk TENAGA ibu hamil

Rata-rata ibu hamil sering mengalami keletihan,lebih-lebih lagi apabila kandungan mencecah 9 bulan.Tetapi ada juga yang mengalami keletihan di awal kehamilan,tidak bertenaga dan mengalami morning sickness yang teruk. 

Pada waktu ini,si ibu amat-amat memerlukan makanan yang berkhasiat seperti PROTEIN yang cukup.PROTEIN adalah sumber makanan yang PENTING untuk ibu dan kandungan.Dengan pengambilan ESP Shaklee,dapat membantu ibu hamil kembali bertenaga!




ESP Shaklee adalah sumber PROTEIN SEMULAJADI yang LENGKAP dengan KALSIUM dan 9 ASID AMINO PENTING,ianya PENTING bagi ibu hamil kerana :

» Bantu kesihatan jantung ibu yang bekerja 2 kali ganda.
» Memelihara dan membina otot ibu.
» Penting untuk PERKEMBANGAN otak bayi yang sihat.
» Tingkatkan sistem imun ibu melawan penyakit.
» Mengurangkan loya dengan rasa kenyang yang tahan lama.
» Membantu tingkatkan penyerapan vitamin daripada makanan/supplement.


Ramai yang telah mengalami PERBEZAAN apabila mengambil ESP semasa hamil.

Antara testimoni yang mengambil ESP berasa lebih bertenaga,mabuk berkurangan dan mampu berpuasa penuh!




Mereka sudah cuba dan merasai PERBEZAANNYA, anda bila lagi??

Dapatkan Set Hamil dengan DISKAUN 5% SEHINGGA OKTOBER 2015!




Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Isnin, 7 September 2015

Set Kesuburan Shaklee bantu untuk hamil


Ramai yang bertanya,Shaklee ni ada ke produk untuk hamil?? Jawapannya,ada..testimoni yang BERJAYA HAMIL dengan set Kesuburan Shaklee juga ramai.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.Tak salah jika kita mencuba asalkan tidak menjejaskan kesihatan.




Bagaimana GLA Complex dan ESP membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5... InshaaAllah..


BAGAIMANA ESP dikatakan membantu anda dalam meningkatkan kesuburan dan juga penting dalam persediaan rahim menerima janin??


Protein ialah MAKANAN ASAS SEL. Sel yang sihat akan MEMUDAHKAN proses yang berkaitan PERSENYAWAAN dan PROSES PEMBENTUKAN JANIN. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat, disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Pengambilan protein juga PENTING untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk "menerima" kehadiran janin. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil.


Ini adalah antara testimoni yang telah BERJAYA HAMIL dengan SET KESUBURAN SHAKLEE!




Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah amat penting.



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Khamis, 3 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER 2015

Assalamualaikum..







Berita baik untuk pengemar ESP Soy Protein kerana Shaklee membuat PROMOSI HEBAT bulan ini!
Sejak dari dulu lagi ESP Soy Protein menjadi supplement kegemaran ramai kerana mengandungi 1001 khasiat yang baik.

Sempena promosi bulan ini,pastinya pengemar ESP tidak akan melepaskan peluang untuk "memborong" ESP Soy Protein!Harga yang lebih murah dari biasa sangat2 lah berbaloi untuk dijadikan stok anda.




Tunggu apa lagi??Jom dapatkan segera!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Rabu, 26 Ogos 2015

7 SEBAB KENAPA PERLUKAN SUPPLEMENT

Seringkali menjadi pertikaian ramai orang tentang pengambilan supplement ini. "Penting ke ambil supplement ni? Supplement mahal la.."

Ini  adalah antara kata-kata orang di luar sana yang tidak menyedari kepentingan supplement pada tubuh badan.Apa yang masuk ke dalam tubuh kita dari makanan seharian,adalah tidak mencukupi kandungan zat dan khasiat.Sebab itulah kita memerlukan supplement sebagai "Makanan Tambahan" untuk menutup kekurangan yang ada pada tubuh kita.

Dengan pengambilan supplement secara konsisten juga dapat mengurangkan risiko tubuh badan daripada jatuh sakit.Mencegah kan lebih baik dari mengubati.Mari kita lihat kenapa kita perlukan supplement.



Sebab-Sebab Kenapa Perlukan Supplement.

1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
 
3.  Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Saya harap anda semua dapat sedikit manfaat dari perkongsian ini.



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 0137398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Puding Roti Mudah



Hi.

Hari ni nak share resepi puding roti dengan korang semua..resepi ni pun sue google..resepi yang sangat mudah!


Puding Roti Nur Qaseh
Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis
Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.


Selamat mencuba!



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Isnin, 24 Ogos 2015

ESP Memberi tenaga berpanjangan.

ESP Memberi tenaga berpanjangan.

ESP Shaklee ( Soy Protein Isolate Powder ) merupakan sumber protein soya terbaik.ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting.Berbanding protein daripada sumber daging ,telur,dan tenusu.ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.
Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identify Preservation Program ( IPP ).Di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




KEBAIKAN DAN MANFAAT ESP.


1) Membantu pembinaan semula otot dan kulit.Kembalikan radian kulit dan kepejalan otot,percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.

2) Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

3) Membantu mengurangkan paras kolestrol.

4) Menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain,insomnia dan tekanan.

5) Menggalak sistem peredaran darah yang sihat.

6) Kaya dengan Isoflavones yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

7) Menggalak payudara yang sihat dan anjal.

8) Menggalak prostat yang sihat.

9) Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut ( gugur dan uban ) serta masalah kulit ( kedut dan kesan tua ).






Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Ahad, 23 Ogos 2015

Set Kombinasi ESP Shaklee


Assalamualaikum..

ESP Shaklee terkenal dengan sumber protein yang berkualiti tinggi dan banyak manfaat.Boleh diambil begitu saja atau pun digabungkan bersama vitamin yang lain untuk hasil yang lebih baik.

Di sini sue senaraikan cadangan set kombinasi ESP untuk rujukan anda.


Jom kita lihat!



1) ESP + Vita-E Complex
    ( Kulit cantik dan cerah / natural beauty )
» Kandungan protein membantu pertumbuhan sel Kulit baru.
» Membantu menghilangkan parut jerawat,juga bertindak sebagai anti-penuaan.


2) ESP + Omega Guard
    ( Kurangkan risiko keguguran + anak bijak )
» Memberikan tenaga yang berpanjangan.
» Kaya dengan DHA dan Omega-3 untuk perkembangan otak bayi dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.


3) ESP + Vitalea Iron
    ( Kesihatan optimum )
» Membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan seharian agar kekal bertenaga.
» Bagus untuk mereka yang terlalu sibuk kerja dan tugasan harian.


4) ESP + Lecithin
    ( Pelangsingan )
» Membantu mengurangkan berat badan,memberi rasa kenyang berpanjangan.
» Membakar lemak dalam badan dan bantu mengurangkan kolestrol.


5) ESP + Alfalfa Complex
    ( Milkbooster )
» Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu,terutamanya lepas bersalin.
» Membantu merangsang penghasilan susu ibu.


6) ESP + Gla Complex
   ( Kesuburan wanita )
» Bantu menstabilkan hormon.mewujudkan kitaran haid yang teratur.
» Membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


7) ESP + Ostematrix
    ( Gastric/ sakit kepala )
» Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastric.
» Memperbaiki depresi ,mood swing, sakit kepala dan pitam.


8) ESP + Zinc Complex
    ( Sembuhkan luka bersalin / pembedahan )
» Membantu penyembuhan luka dengan cepat.
» Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.


9) ESP + Performance Drink
    ( Tenaga segera berpanjangan )
» Kekal bertenaga berpanjangan untuk yang amalkan gaya hidup aktif dan gemar bersukan.
» Tenaga berpanjangan semasa berpuasa.


Pilihan di tangan anda..


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Baju untuk hari ISTIMEWA..


Assalamualaikum..hi

Baju apa yang "ISTIMEWA" tu ye..??

Hihi..siang tadi sue menghantar kain untuk baju nikah sue..Mak cik sedara yang buatkan,senang sikit nak cerita apa yang kita mahu kan..


Sebelum nak hantar buat tempahan,sue survey di Google, Facebook dan instagram untuk melihat contoh baju nikah.Pelbagai fesyen yang ada dan cantik-cantik semua! Buat sue rambang mata..hihi
Tapi pilihan sue ialah dress yang simple dan cantik..tidak terlalu sarat sebab baju itu mungkin boleh dipakai lagi untuk majlis keramaian.tidaklah membazir kan..

Ni antara contoh-contoh baju yang sue rasa menarik dan cantik..






Nak tengok hasil baju pernikahan sue? Kena la tunggu,sue akan kongsikan bila dah siap nanti..ok,bye!



Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Khamis, 20 Ogos 2015

Resepi Masker ESP Shaklee

Hi

Korang suka tak bermasker??Mestilah suka kann..bukan kaum wanita je,kaum lelaki sekarang pun dah pandai nak jaga kecantikkan wajah..

Masker ni memang banyak khasiatnya kepada wajah kita..Dengan bermasker wajah kita akan dapat rehat dan di rawat..Selain mendapatkan rawatan wajah di spa, kita juga boleh membuat sendiri masker menggunakan bahan semulajadi..

Jangan tak tahu,produk SHAKLEE juga boleh dijadikan masker tau!




Ok. Ini antara resepi yang sue nak kongsikan dengan korang semua..tengok pada jenis kulit wajah korang dan boleh lah cuba! Hasilnya pasti tidak mengecewakan !




Jenis kulit berjerawat
Masker ini mampu mengurangkan parut jerawat dengan cepat.
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji putih telur
1 sudu madu
1 biji Sustained Release vitamin C
1 biji Alfalfa

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:
Pukul putih telur perlahan-lahan. Alfalfa dan vitamin C dihancurkan dan campurkan kesemua bahan.
Sapukan ke muka, elakkan bahagian mata dan kemudian biarkan selama 20 minit.
Selepas itu, bilas dan sapukan pelembap kulit yang biasa anda gunakan.
Buat masker ini seminggu sekali dan keesokan harinya perlu memakai sunscreen sebelum kena kilauan matahari.

Kulit jenis berminyak
BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak dalam
 freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
2 sudu madu lebah
1 biji sustained release vitamin C


CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang, kemudian campur dengan madu lebah dan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Hancurkan vitamin C atau masukkan sekali dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.


Untuk mencerahkan kulit 

BAHAN-BAHAN:
2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak
 di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
1 biji kentang
1 biji sustained release vitamin C


CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang,kentang, hancurkan vitamin C kemudian campur semua bahan dengan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.

Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

Kerapkan penggunaannya setiap malam untuk kesan pencerahan yang lebih cepat.

Ok..selamat mencuba kawan2!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No. - 013-7398748
Email - atieatiewan@gmail.com

Selasa, 18 Ogos 2015

1 step forward...!

Hi!

Alhamdulillah..tanggal 9 August 2015, sue telah dirisik sekaligus menandakan diri ini sudah berpunya.
1 step forward orang kata..hihi

Sue tidak mengikat tali pertunangan  dan merancang untuk terus bernikah pada tahun hadapan.. Mudah mudahan segala perancangan dipermudahkan..In Shaa Allah..Amin

Mohon rakan semua doakan yang terbaik buat sue ye...terima kasih :-)

Atasi Stress Dengan B Complex Shaklee

Terlalu banyak fikir membuatkan anda stress??

Setiap orang pasti ada masalah masing2..mungkin dari faktor kerja,kewangan,keluarga,kawan atau apa saja..Stress ni kalau kita tak pandai nak tangani boleh menyebabkan penyakit lain pula..

Antara langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan stress adalah dengan pengambilan supplement seperti B Complex.



Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No. - 013-7398748
Email - atieatiewan@gmail.com

Selasa, 11 Ogos 2015

Nutriwhite Make up Remover paling Best..!!

Nutriwhite Make up Remover paling Best..!!

Hari ni sue nak share produk Shaklee yang sangat2 la best..! Ni bukan vitamin atau pun supplement,tapi produk penjagaan wajah..

Haa...Jangan ingat Shaklee ni jual vitamin je,produk penjagaan dan Kecantikkan wajah pun ada..

Produk yang sue dah cuba dan berpuas hati dengan hasilnya ialah Nutriwhite Make up Remover..Teksturnya yang lembut dan tidak berbuih apabila di sapu pada wajah..Sue ni tidaklah setiap hari bermekap ketika berkerja,tetapi keadaan sekeliling  dan cuaca panas yang selalu membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan tak bermaya.

Pertama kali menggunakannya,kulit wajah terasa lebih lembut dan bersih.Bntik2 hitam di wajah pun berkurangan.Kalau pakai mekap memang mudah untuk dibersihkan,tak perlu nak sental2 lagi!


Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover:

>    Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda.
>    Tunas pokok bic menghilangkan sel mati
>    Aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit.
>    Lembut, tidak berminyak dan kulit anda kelihatan lebih berseri.




1 tiub 150gm boleh tahan lebih dari 6 bulan! Sangat2 jimat dan berbaloi! Tak perlu lagi nak beli pencuci setiap bulan..


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
E-mail : atieatiewan@gmail.com

Isnin, 10 Ogos 2015

12 PANTANG LARANG sebelum Majlis Persandingan

Orang melayu memang terkenal dengan adat dan tatasusila yang tersendiri semenjak dari dahulu lagi.Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa Kimi kerana perubahan zaman dan kekangan yang dihadapi.Ia juga boleh dijadikan panduan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina berkekalan buat selamanya. 



1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling.

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak lewat tidur.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. Jika anda merupakan perokok,digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan ganguan syaitan dan dekatkan diri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

9. 3 bulan sebelum anda diijabkabulkan,amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk diikuti.

11. Jangan lakukan kerja berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan.

12. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah berjalan lancar.

Sumber : Majalah Pengantin Mac 2015



Untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta kulit yang cantik berseri sebelum bergelar Pengantin,pengambilan supplement adalah amat digalakkan.Jom dapatkan supplement anda hari ini!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
E-mail : atieatiewan@gmail.com

Ahad, 9 Ogos 2015

KEBAIKAN ESP SHAKLEE

Selalu dengar tentang ESP SHAKLEE tapi tahukah anda apa itu ESP dan kandungan didalamnya?

ESP merupakan sumber protein yang amat diperlukan oleh tubuh badan.ESP SHAKLEE berbeza dari soya yang lain kerana ianya adalah "Non-Gmo" ( susu soya yang tidak diubah genetiknya ).



Tambahan pula,setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan merupakan satu-satunya produk di pasaran, yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya, adalah 2x lebih tinggi dari daging, 4x tinggi dari telur & 12x tinggi dari susu.
Yang lagi bagusnya, ia rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan. Justeru, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua ataupun muda.

Apakah faedah kepada pengguna yg mengamalkan ESP secara konsisten?

1)  Buat kita Kekal Muda. Kenapa? kerana Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremanjaan kulit.

2)  Mengandungi Hormon yg Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dgn isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3)  Membantu Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat & keupayaan seksual lelaki terpelihara.

4)  Mencantikkan & menganjalkan kulit – ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

5)  Memulihkan Pigmentasi – ESP Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

6)  Memberi tenaga segera – ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

7)  Membantu menguatkan Memori kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yg cukup.
Itulah faedah2 ESP Shaklee, protein bermutu tinggi yang pastinya berbeza dari soya-soya yang kita boleh temui di tempat lain.



Jom dapatkan ESP anda hari ini!

Konsultasi PERCUMA akan diberikan dengan setiap pembelian dari sue!


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No. : 013-7398748
E-mail : atieatiewan@gmail.com

Selasa, 4 Ogos 2015

4 Set Pengantin Esklusif Shaklee

Assalamualaikum..

Macam mana hari korang hari ini?baik-baik semua?Hari ni sue nak sambung cerita tentang SET PENGANTIN ESKLUSIF yang sue update pada entry lalu.
Sue ada sediakan 4 Set "Khas" untuk anda semua bakal pengantin.




Set Pengantin Dewi Yusra mengandungi :
1) ESP Soy Protein
2) Sr Vita-C Plus
3) B Complex


Set Pengantin Yuhanis mengandungi :
1) ESP Soy Protein
2) Sr Vita-C Plus
3) Alfalfa Complex
4) Zinc Complex


Set Pengantin Nur Qaseh mengandungi :
1) ESP Soy Protein
2) Sr Vita-C Plus
3) B Complex
4) Zinc Complex


Set Pengantin Armel Aisya mengandungi :
1) ESP Soy Protein
2) Sr Vita-C Plus
3) Alfalfa Complex
4) B Complex

Kesemua set ini sangat2 bagus untuk pemeliharaan kulit dari dalam.Jom kita lihat pula fungsi-fungsi vitamin ini satu persatu.

1) ESP Soy Protein
- Sumber protein yang lengkap bagi membantu terbentuknya sel-sel kulit baru,mengurangkan kesan parut,mengembalikan radiant kulit dan kepejalan otot serta percepatkan penyembuhan luka akibat jerawat.

2) Sr Vita-C Plus
- Membantu membina kolagen yang menganjalkan kulit,kulit lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat bakteria punca jerawat.

3) B Complex
- B Complex anti stress, membantu untuk melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari dan melancarkan perjalanan darah.

4) Zinc Complex
- Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit, membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat dan membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. 

5) Alfalfa Complex
- Sebagai agen detox yang membantu membersihkan toksin dari badan yang menjadi punca masalah kulit.Kulit akan kelihatan lebih cantik.

Fungsi vitamin sue sudah berikan,anda boleh pilih set mengikut keperluan dan masalah yang anda alami.Dengan pengambilan yang konsisten, In Sha Allah anda akan dapat kulit wajah yang cantik dan berseri.

Untuk bakal pengantin semua,sue ucapkan Tahniah kepada anda!

Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 0137398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Isnin, 3 Ogos 2015

9 TIPS CANTIK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum...
Bakal- bakal pengantin semua dah bersedia nak naik pelamin ke?Ada mengalami masalah kulit atau badan berbau? Badan tak bertenaga? Jangan risau...sue nak share sikit tips kepada anda semua,sue harap tips-tips ni dapatlah membantu anda mengatasi masalah yang dialami..
                            Gambar Hanis Zalikha di hari perkahwinan
1.MELICINKAN DAN MENCERAHKAN KULIT WAJAH
Sebiji tomato yg masak di ambil dan dilecekkan sehingga halus..kemudian sapu lah kat seluruh wajah dan biarkan selama 20minit sehingga kering. Selepas itu, bilas dgn air yg bersih

Tips : Amalkan sapuan tomato lecek di wajah 2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya pasti memberangsangkan.

2.MENEGANGKAN KULIT
Hanya menggunakan tepung ubi kayu dan timun segar...hanya hancurkan timun sehingga lumat dan campurkan sedikit tepung ubi kayu bersama sedikit air sehingga likat. Kemudian, bolehlah disapu pada wajah sehingga kering. Akhir sekali, cuci wajah dengan air bersih..Campuran timun dan tepung ibu kayu tersebut dapat menegangkan kulit muka serta menjadikan kulit wajah putih segar setiap hari.

3.MENYERIKAN WAJAH
Inginkan wajah yg berseri dan menarik untuk bakal suami dan tetamu yg hadir di majlis anda?? Mudah sahaja..Amalkan bacaan selawat sebanyak 3x sebelum mencuci wajah dan sapukan air tersebut ke wajah anda..Selamat mencuba

4.MENGHALUSKAN WAJAH
Tahu tak anda buah tomato sgt bagus dan banyak khasiatnya walaupun dimakan. Ambil sebiji tomato dan kisar hingga halus. Kemudian, sapu pada wajah dan biarkan kering. Gunakan air suam untuk mencuci wajah anda.

Tips : Amalkan sapuan tomato pada wajah kerana ia berfungsi membersihkan wajah anda. Sebaiknya, lakukan sapuan pada waktu malam untuk kesan yang terbaik.

5.MERAWAT KULIT BERKEDUT
Kahwin di lewat usia, tatkala sudah menjangkau 30-an ke atas? Jangan risau, anda boleh merawat kedutan wajah dengan menggunakan lobak merah. Bersihkan lobak dan parut sehingga halus. Selepas itu, parutan lobak tadi dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan sebiji kuning telur serta sedikit air. Gaul kesemua bahan tadi sehingga likat dan sapu pada wajah sekali sehari. Anda pasti akan merasai perubahannya.

6.HILANGKAN BAU BADAN
Risau peluh anda mengganggu aktiviti majlis persandingan yang disinari terik cahaya matahari? Amalkan petua ini 2 bulan sebelum majlis tiba. Ambil sebiji limau kasturi dan dibelah dua. Bijinya dibuang kesemunya. Kulit limau kasturi hendaklah dimakan bersama airnya. InsyaAllah bau badan anda tidak sehangit dulu. Amalan petua ni boleh dipraktikkan pada sesiapa juga walaupun belum nak kahwin atau sudah berkahwin :) Yerlah untuk kewangian diri sendiri & suami kan....

7.MENJADIKAN BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
Majlis persandingan sudah pasti akan memerlukan tenaga dan meletihkan tubuh di malam harinya. Untuk langkah terbaik, sehari sebelum majlis berlangsung, amalkan minum air rebusan serai dan halia yg dititik bersama kulit kayu manisdan lada hitam. Minum air rebusan tersebut pada waktu pagi dan malam. Badan akan terasa ringan dan bertenaga semula.

Tips : Kepada si dara yang bakal bergandingan dgn jejaka tersayang...anda boleh amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari untuk meningkatkan tenaga wanita. Tapi, awas !! jika anda tidak biasa memakan telur mentah, boleh mencuba sebiji terlebih dahulu dgn campuran sesudu madu lebah untuk mengurangkan rasa hanyir di tekak.

8.MENGEMPISKAN PERUT
Perut yg kempis memang menjadi idaman dan tarikan pada semua orang terutama bakal pengantin..Maklumlah, busana yang ditempah cantik mahu digayakan seperti tuan puteri. Mudah sahaja caranya. Sediakn limau nipis yg dicampur dengan sedikit kapur sirih. Sebatikan kedua-dua bahan ini dan sapu pada perut anda setiap malam.

Tips : Sekiranya perut anda terlalu menggeleber, selepas sapuan campuran tersebut, anda boleh ikat perut dgn menggunakan bengkung. Ini akan memberikan kesan tindak balas lebih cepat.

9.MENEGANGKAN PAYUDARA
Kembalikan kecantikan tubuh dan nikmati malam pertama yg bakal diulit memori indah bersama pasangan. Singkirkan masalah payudara kendur dan tidak menarik dengan mengamalkan minum air kanji. Air kanji adalah air didihan nasi yang anda masak. Minumlah sebelum tidur dan hasilnya kan dirasai.

Sumber : Majalah Pesona Pengantin, Oktober 2012



 Sekian dahulu..jumpa lagi


Sue Mrsatiewan
SID 1171106
Contact No : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Ahad, 2 Ogos 2015

SET PENGANTIN ESKLUSIF

Nak masuk penghujung tahun ni mesti ramai yang akan naik pelamin kan..Biasalah, waktu macam ni kan ada cuti sekolah yang panjang,jadi senang sikit nak buat majlis kahwin ni..Tapi,kali ni sue bukan nak cerita tentang majlis kahwin,sue nak cerita tentang 'Persediaan Pengantin'..

Menjadi "RAJA SEHARI" perlulah ada persediaan awal..lebih-lebih lagi si pengantin perempuan kerana pasti akan menjadi tumpuan tetamu yang datang..Jadi..sue nak bantu bakal-bakal pengantin untuk nampak berseri di hari bahagia..



Gambar di atas adalah " SET PENGANTIN ESKLUSIF " yang sue cadangkan untuk anda amalkan sebelum menjelangnya hari bahagia..Set Pengantin ini dapat membantu anda untuk kelihatan cantik berseri dan kesihatan badan yang lebih baik..

Sue akan ceritakan lagi tentang Set Pengantin ini pada entry yang akan datang...so,stay tuned....


Sue Mrsatiewan
SID  1171106
Contact No. : 013-7398748
Email : atieatiewan@gmail.com

Rabu, 22 Julai 2015

Cerita Pisang

CERITA PISANG

Seorang guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan ta

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu mereka.

Cikgu mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada menanam perasaan benci.
hu keputusannya” beritahu Cikgu.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Semoga menjadi pengajaran pada kita semua.. :-)

Cerita Lebaran 2015

Assalamualaikum...Salam Lebaran buat rakan2 blog semua..masih belum terlewat kan untuk sue mengucapkan salam lebaran? Raya kan sebulan..hihi..

Sue harap lebaran tahun ini rakan2 semua dapat beraya dengan keluarga yang tersayang..tiada yang lebih indah selain dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara..Inilah peluang untuk kita mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita..hanya setahun sekali dapat berkumpul beramai-ramai, berkongsi cerita,bertanya khabar dan bermesra..

Alhamdulillah..tahun ni sue dapat beraya di kampung halaman mak dan juga abah..Dapat bertemu semua saudara yang jauh dan dekat..Berkonvoi beraya memang seronok,hanya hari raya saja dapat macam ni..golongan kanak-kanak paling seronok dapat kumpul duit raya..Alhamdulillah,sue juga tidak terlepas dari memberi duit raya pada anak saudara juga kanak-kanak yang lain..Rezeki yang ada jika dikongsi bersama akan menjadi lebih berkat..In Shaa Allah..

Sue ada selitkan foto-foto ketika beraya bersama keluarga untuk tatapan rakan2..sue berhenti disini dulu,kita jumpa lagi di lain halaman..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..






Khamis, 18 Jun 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum kawan-kawan..lama sungguh tak menulis entry,terasa rindu pula..
Hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1436H. Alhamdulillah..Syukur kerana masih diberi ruang
dan peluang bertemu bulan yang penuh berkat ini.

Macam mana persediaan korang menyambut Ramadhan?Sue biasa-biasa saja, sambut
bersama keluarga di rumah.Dengan ketiadaan seorang adik yang baru je memulakan pengajian
di Melaka,sedikit kurang meriah suasana menyambut Ramadhan kali ini.

Tapi apa pun yang penting puasa tetap puasa. Bulan puasa ni jangan pula kita membazir ye.
Beli apa yang perlu saja,kurangkan aktiviti luar dan lebihkanlah amal ibadat.Bulan yang mulia
ini bulan yang sepatutnya kita perbanyakkan amalan ibadat kerana ganjaran yang besar
dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Ok lah,tak nak bebel panjang..nanti sue update entry lagi.

SELAMAT BERPUASA SEMUA..jangan lupa solat terawih ye,bye!





Isnin, 20 April 2015

Tips untuk kekal cergas di pejabat

10 minit untuk kekal cergas!

Hai korang..Sue nak share tips sikit hari ni,harap dapat lah dimanfaatkan bersama..

Kesibukan kerja kadang menyebabkan kita tak sempat untuk melakukan latihan kecergasan.Namun masih ada cara untuk anda menentukan tahap kesihatan terjaga di tengah kesibukan ini.Manfaat masa selama 10 minit untuk badan anda lebih sihat dan cergas!

1) 10 minit - Latihan Beban
Luangkan masa 10 minit sehari dengan melakukan latihan menggunakan bodyweight training atau dumbbell yang ada dirumah atau pejabat.Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

2) 10 minit - Latihan Kardio
Latihan ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal adalah perkara yang mudah dilakukan.Di tempat kerja,anda boleh meluangkan masa rehat selama 10 minit untuk melakukan regangan,berjalan di sekitar pejabat atau berjalan menuruni tangga.Tetapi jangan lupa minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.

3) 10 minit - Makanan Rendah Lemak
Adalah lebih baik anda memasak resepi sihat untuk memenuhi keperluan gizi anda.Banyak resepi yang hanya menggunakan masa yang singkat untuk memasak.

4) 10 minit - Motivasi
Kebanyakan anda tidak melakukan gaya hidup sihat dan sempurna kerana kurang motivasi.Cubalah untuk membaca dan mendengar kisah kejayaan daripada orang yang anda kagumi.Ini untuk mendapatkan motivasi agar anda lebih bersemangat.

5) 10 minit - Meditasi
Latih pernafasan selama 15 minit setiap hari untuk membantu menurunkan tekanan darah.Cara ini boleh merehatkan otot dan membantu mengurangkan tekanan.

Ok..Ni saja tips dari sue,selamat mencuba!!

Popular Posts